Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Thursday, April 28, 2011

Apabila Bola, Exam, dan Surau bertembung...

Di suatu isyak

pertembungan itu berlaku

Saya kepenatan berjalan kaki balik ke asrama/kolej. Baru lepas study (ke main game?, huhu) kat studio. Semasa berjalan tadi sudah kedengaran bunyi laungan azan. Saya niat utk ke surau dulu sebelum sampai bilik. Ketika kaki sudah menjejak aras 3, dihadapan surau, kelihatan sekumpulan manusia di hadapan tv kolej. "Wow, ramainya, tengok perlawanan bola" desis hatiku. Kemudian mengalih pandangan ke depan surau. "Wow, banyaknya selipar" desis hatiku lagi sambil membuka kasut untuk mengambul wuduk. .

Bola

pes 2011, ada pemain Malaysia. Best..

Ketika itu, saya lihat ramai orang yang duduk di depan tv, sangkaan saya orang kelantan (bukan mahu sangka buruk). Pengalaman saya dan kelantan begitu banyak. Saya kenal kebanyakan orang kelantan tu macam mana (kebanyakannya), mereka adalah golongan yang kuat, agak bersifat ke'negerian' tapi mudah mesra (lebih2 lg sesama mereka). Mungkin itulah sebabnya saya mengatakan orang kelantan ramai di bangku tempat TV. Perlawanan hari itu ialah kelantan lawan selangor.

Exam


Peperiksaan akhir semakin menghampiri. Ada bagi setetengah orang mungkin sudah habis exam. Tapi kebanyakannya masih dalam exam. (Saya belum lagi, huhu). Suasana belajar mula tampak di bilik ku, huhu. Tidur lewat malam, bangun tengahari, huhu. Cara belajar yang efektif, huhu (efektif la sangat).

Surau

akulah tu, cakap tak serupa bikin

Surau kolej saya terletak di Perindu  2. Dekat saja dengan depan tempat menonton TV. Saya pada sem 1 ini, agak beruntung, kerana aras saya sama dengan aras surau. Jadi takde la payah sangat nak ke surau, berbanding dengan orang lain, nak kena naik tangga atau turun tangga lagi. Jadi sepatutnya tiada alasanlah bagi saya untuk tidak ke surau.


Apabila Exam bertembung Bola

Apabila exam bertembung bola, kebayakan mereka akan memilih bola. Alah, perlawanan bola sejam dua jam je. Lepas tu boleh la study kan. Apa salah sekali sekala tengok bola, releast tension study. Mana tau boleh dapat ilham ke. Kan-kan-kan?

Apabila surau bertembung dengan bola.

Apa yang akan jadi apabila berlaku pertembungan antara 2 perkara. Antara solat isyak dan bola. Ketika itu kita dapat menilai tahap keimanan dalam diri. Mereka yang merasakan solah itu penting pastinya akan memilih untuk solah isyak. Siapa yang merasakan bola itu lebih penting, pastinya dia tidak mahu melepaskan perlawanan itu walau sesaat pun. Maka saya tidak mahu mengulang lagi artikel saya yang lepas,

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur`an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Al-`Ankabuut:045 

Apalah sangat yang ada pada perlawanan bola sepak itu. Dia kalah, awak tiada apa-apa. Dia menang awak tak dapat apa-apa. Baik solah isyak berjemaah di surau. Dapat pahala 27 kali lipat. Bukannya lama pun. 5-10 minit je. Pastu sambung la tengok bola. Dekat je surau dan tempat TV tu. Namun kerana kamu lebih yakin bahawa bola boleh membahagiakan kamu, kamu pilih bola. (rujuk artikel Tidak Penting atau Tidak Yakin).

Apabila Surau bertembung Exam.

Apabila Surau bertembung Exam, maka ramailah yang akan ke surau. Ketika kita boleh lihat orang yang tak pernah lihat batang hidung di surau, pun tiba-tiba Ada. Dulu keadaan saya belajar di Kolej Tarbiyah Dakwah, pun melalui suasana begini juga. Ajaibkan susana Exam ni. Manusia akan lebih mendekatkan diri kepada Allah. Kerana manusia itu bersifat lemah. Apabila ditimpa sesuatu tekanan dan cabaran, dia akan kembali kepada Sang Pencipta, Maha Kuasa, Maha Besar.

وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَلِكَ وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
 Al-A`raaf:168 

Fenomena yang berlaku ini, bagi saya anggap sebagai satu yang positif. Walaupun mungkin selepas exam, mereka kembali ke tabiat asal. Bagi saya, takkan la sesuatu yang negetif apabila, masyarakat membuat kebaikan. Tidak kisahlah sementara sahaja, apa yang penting, at least, ada. Lebih baik daripada ahli bilik saya yang langsung tak ke surau (walau keadaan exam). Cuma harapan saya, semoga ia terus berkekalan sehingga bila-bila. Kerana pengharapan kepada Allah itu, bukan hanya ketika exam, tetapi setiap masa. Setiap  hari membuat dosa, sepatutnya setiap hari meminta ampun (setiap hari berharap). Dan amalan yang baik dapat menghapus dosa-dosa kecil harian kita.


وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
hud ayat:114

Apabila Bola, Exam dan Surau bertembung 

Apabila semua ini bertembung, saya pun menulis artikel ini. (ah, merapu banyak pulak aku ni. maaf)

Ibrah kehidupan

Pertembungan pelbagai situasi kadang kala menguji keimanan. Pertembungan antara nafsu dan keimanan, memaksa untuk melakukan pengorbanan. Apabila kesenangan menemui manusia, kebanyakan akan jauh dari Pencipta. Namun apabila kesusahan menemui manusia, kebanyakan mereka lebih dekat kepada Allah. Dalam perjalanan kita untuk negeri Akhirat, kembalilah kepada Allah tidak perlu mengira keadaan atau masa. Kerna apa yang pasti, adalah semua akan mati. Apa yang tidak pasti, adalah bila mahu mati. Kembalilah kepada Allah setiap masa, Supaya kita dapat menghadapi Exam yang lebih besar diakhirat kelak Mari kita bersedia dari sekarang. Saya ulang, SEKARANG. 

Apabila Saya bertembung Exam.

Saya sebenarnya nak 3 hb 5 ni ada exam. Jadi saya mohon kemaafan jika saya sebelum ini pernah menyakiti hati kalian. Dan di kesempatan ini saya mohon doa kalian agar saya dapat yang terbaik. Mari tadah tangan kemudian baca doa kat bawah

DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal- mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

Semoga doa kalian maqbul.Ok, sekian saja disini. Moga dapat sesuatu dari penulisan yang bosan ini. :)

.::Allahua'lam::.


Monday, April 18, 2011

Puisi: Harapan buat Pemuda

Assalamualaikum, kebelakangan ni agak sibuk. Tak boleh nak buat puisi atau tulis perkongsian (yg boring) panjang-panjang. Tapi hari ini saya nak share sikit satu sajak, yang lahir dari seorang pemuitis kebangkitan. Semenjak saya melihat sajak beliau, saya sudah jatuh hati. Puisi-puisinya sungguh menusuk kalbu dan mengena. Puisinya itu melambangkan kefahaman dan fikrah yang jelas beliau terhadap islam. Dan beliau merupakan pemuitis dakwah yang kini namanya telah tercatit dalam lipatan sejarah. Jom kita ambil sedikit pengajaran dari puisi dibawah. Harapan buat pemuda....

Harapan Kepada Pemuda 
 
Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup
membangunkan zaman yang baru
memperbaru kekuatan iman
menjalankan pelita hidayat
menyebarkan ajaran khatamul-anbiya’
menancapkan di tengah medan pokok ajaran Ibrahim
Api ini akan hidup kembali dan membakar
jangan mengeluh jua , hai orang yang mengadu
Jangan putus asa , melihat lengang kebunmu
Cahaya pagi telah terhampar bersih
Dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu

Khilafatul-Ard akan diserahkan kembali ke tanganmu
Bersedialah dari sekarang
Tegaklah untuk menetapkan engkau ada
Denganmulah Nur Tauhid akan disempurnakan kembali
Engkaulah minyak atar itu , meskipun masih tersimpan dalam
kuntum yang akan mekar

Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu
Hembuslah panas nafasmu di atas kebun ini
Agar harum-harum narwastu meliputi segala
Dan janganlah dipilih hidup ini bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu

Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad

{Puisi Mohammad Iqbal yang diterjemahkan secara bebas oleh M.Natsir}

 Inilah harapan beliau pada pemuda. Moga-moga puisi yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit motivasi buat pemuda daie di luar sana. Dan moga Allah merahmati hidup beliau, yang membakar kehidupan, demi menyinari kebangkitan islam. Amin...

Ni saya amik dari FB naw labqi.
.::Semoga Bermanfaat::.

Saturday, April 9, 2011

Tidak Penting atau Tidak Yakin

Cacamarba

Kadang-Kadang

saya pun main jugak wei..

Azan asar berkumandang. Seorang kawan mengajak.
"Jom main dota wei!!"

Beberapa orang dalam kelas mula membuka laptop. Sebahagian kawan lain pergi ke surau menunaikan amanah Allah kepada manusia (solah).

setelah sejam berlalu, permainan telah tamat dalam keadaan kalah. Kawan itu mula berkata lagi,
"Jom main lagi, kali ini mesti menang" katanya dengan penuh semangat.

Mereka sambung lagi permainan yang baru.

Jam menunjukkan pukul 7.00 petang, kemenangan milik mereka, lantas mengimplimentasikan kesyukuran mereka dengan mengangkat takbir asar.

Segelintir ahli studio berasa heran,
"Dorang ni solat asar ke solat maghrib, langit dah kelam-kelam suam, tapi azan magrib pun tak lagi. Takkan solat maghrib kut?"

.......................................................................................................

Sehari-hari

"memang terbaik" kata syaitan
"Bangun-bangun, solah subuh wei",
Seorang rakan di bilik, mengejutkan mereka yang terlena, menyeru melaksanakan subuh.

"Nak habis waktu subuh dah ni, bangun-bangun, laksanakan perintah Allah dulu. lepas tu nak tido, tido la sampai mati pun"

kawan itu menjawab
"hmm, nanti la" sedang matanya masih terpejam, lalu mengalihkan kedudukan tidurnya menghadap dinding. Gayanya seperti tidak mahu diganggu masa tidur berkualitinya.

Sejam kemudian, kedengaran jam telefon bimbit berbunyi. Kelibat makhluk itu terjaga lantas melihat jam tangan. Kemudian bingkas turun katil dan terus bergegas ke tandas.

"ko nak kemana ni?"

jawabnya,
"Kelas aku pukul 8.30pagi."

Terkesima...


.......................................................................................................

Dulu-Dulu

best kut dareamon dulu2

Satu ketika waktu maghrib, di ruang tamu rumahku. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Kebetulan waktu itu pukul 7.30 malam. Huh, cerita Doraemon sedang ditayangkan. Menjadi kemestian bagi kami waktu kecil-kecil dahulu untuk menontonnya. Cerita animasi Jepun itu selalunya ditayangkan selepas animasi Crayon Shin Chan yang keudara pada pukul 7 malam. (pelikkan, kartun-kartun begitu, selalu clash dengan solat magrib)

Kemudian datanglah sosok tubuh itu kepada aku dan adik-adikku.

“Dah masuk waktu ni, pergi mandi ikut ayah pergi solat maghrib di surau”, kata-katanya menghembus.

Aku dan adik-adik terus menonton. Ibu sangat baik kepada kami. Tak pernah dia meninggikan suara memarahi kami. Doraemon yang sedang ditayangkan itu terus kami tonton.

Ibu tidak cepat melatah, bahkan dia seorang murabbiyah.

“Kalau seseorang tu dia mengutamakan sesuatu itu lebih daripada sesuatu yang lain maknanya dia telah menjadikan perkara itu ILAHnya. Kalau lebih utamakan Doraemon, Doraemon itulah yang jadi ILAH kita”, ibu menambah.

.......................................................................................................

Cacamerba-cacamerba ini adalah kisah benar yang berlaku disekililing kita dan mungkin juga kadang-kadang berlaku pada diri kita. Betul tak?

Kalimah Penyaksian


Apabila ditanya, islam atau tidak, maka pastinya kita menjawab, ya saya orang islam. Seperti juga, bila bertanya pada orang bodoh, adakah engkau pandai? Pastinya dia menjawab, saya pandai dan saya berilmu. Namun dimanakah pembuktian kata-kata itu? Pernah dia mengerti apakah maksud 'La ilah ha il Allah'. Ya mungkin ramai yang mengerti, maksudnya 'tiada tuhan melainkan Allah' kan, tapi berapa ramai yang benar-benar memahami akan kalimah yang paling agung itu?

Apabila kita menyebut 'la ilah' beerti tiada tiada tuhan. Pefahamannya ialah kita membuang segala sembahan atau tuhan yang berada dalam hati kita. Kemudian lafaz 'il lAllah' membawa maksud selain dari Allah. Pemahamannya hanya Allah sahaja yang patut kita sembah dan taat. Kesan pemahaman inilah yang menjadi acuan, karekter-karekter agung di zaman yang dipanggil sebaik-baik umat. Namun kini kalimat itu sudah hilang dihati makhluk manusia yang perasan 'islam'.

Ok, sekarang ni berbalik pada topik. Lihat ketiga-tiga kisah (mungkin) kita diatas, apakah persamaannya? Ya, semua tentang solah.Sebagai kita seorang muslim yang mengucap kalimah syahadah. Kita telah berjanji didalam syahadah kita bahawa kita tidak akan mempersekutukan-Nya dengan apa sekalipun. Namun seringkali juga melalaikan arahan-Nya.


فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
(an-nisa': 103)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.
(Thaahaa:014 )


Tidak Penting

Apakah kompleksi yang berlaku pada diri kita? Adakah kita merasakan solah itu tidak penting? Apakah yang lagi penting selain dari arahan Allah. Lihat situasi yang kedua. Apabila dikejutkan subuh tidak mahu bangun. Tapi apabila melibatkan kelas yang bakal dia terlewat, dia bingkas dengan segera. Manakah yang lebih penting sebenarnya?Perbuatan itu sendiri menunjukkan bahawa perintah Allah (solah) itu tidak penting jika mahu dibandingkan dengan pergi ke kelas.

Tidak yakin

Atau mungkin kompleksi ini berlaku kerana kita ini tidak yakin? Yelah, masakan makhluk yang merasakan dirinya hamba, melambat-lambatkan  (ataupun tidak langsung) perlaksanaan perintah Tuannya sendiri? Yakinkah kita akan neraka? Solah membezakan kita ini kafir atau muslim. Ia adalah syarat islam (rukun islam) yang kedua terpenting selepas mengucap dua kalimah syahadah. Islamkah kita ini?

Kata Saidina Umar r.a, "Sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya, ia mensia-siakan kewajipan agamanya. Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu. Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala maka tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat."

Mencuaikan atau melengah-lengah solah menunjukan buah daripada akidah yang tidak mantap. Atau mungkin boleh dikatakan, jiwanya masih ragu-ragu lagi bahawa Allah itu sahaja yang patut disembah. Lihat kisah kita yang ketiga tadi. Lihat balik dialog ibu tersebut ,“Kalau seseorang tu dia mengutamakan sesuatu itu lebih daripada sesuatu yang lain maknanya dia telah menjadikan perkara itu *ILAHnya. Kalau lebih utamakan Doraemon, Doraemon itulah yang jadi *ILAH kita”  *Ilah beerti sembahan.


Berhala-berhala moden


Manusia zaman kini tidak lagi menyembah berhala, seperti yang dilakukan oleh masyarakat zaman arab terdahulu. Dan kalau ditanya orang zaman sekarangpun, semestinya dia akan mengatakan "eh, bodohnya menyembah berhala". Namun tanpa disedari didalam hati mereka, terdapat berhala-berhala moden. Ok, mari kita kaji sikit pasal kenapa manusia sanggup melalaikan solah. Pikir-pikir la korang seminit ek... (baru sambung baca dibawah)

Ok, dah pikir dah ke? Kalau gitu, setuju tak jika saya katakan, bahawa kita melalaikan solah kerana ikut hawa nafsu kita. Betul tak? Itulah sebenarnya 'berhala-berhala moden' yang saya maksudkan tadi. Malas bangun solah subuh, kerana mengikut nafsu nak tidor. Sengaja melambat-lambat solah, kerana mengikut nafsu bermain dota. Dan penyembahan 'berhala' nafsu ini, terus-menerus menjadi rutin seharian kita.

Jadi disini saya ingin mengajak sesama kita, marilah kita memperbetulkan syahadah kita (menghayati dan memahami). Agar buah-buah akhlak seorang muslim lahir dalam diri kita. Mari kita menghayati, kepentingan solah itu sendiri. Marilah kita merasai bahawa mencuaikan solah itu menjatuhkan diri kita ke lembah neraka. Oleh itu, janganlah ada dikalangan kita melewat-lewatkan solah (atau tak solat langsung) lagi. Utamakanlah perintah Allah. (banyak pulak aku berleter)
An-Naazi`at:037 
فَأَمَّا مَنْ طَغَى
Adapun orang yang melampaui batas,

An-Naazi`at:038 
وَءَاثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,

An-Naazi`at:039 
فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى
maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).


rujukan:
1. Al-Quran
2. http://www.luvmalaysia.com/diari-wanita/cahaya-muslimah/72-solat-membezakan-islam-dan-kafir.html (pasal kata-kata umar tu)
3. http://tintatarbiyyah.blogspot.com/2011/02/ini-ilahku-apakah-ilahmu.html (kisah yang ketiga itu)

p/s: kalau ada bahasa yang sukar difahami bagitau la sebab saya main taram je bahasa tu.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...