Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, January 29, 2011

Mencari yg Hilang

Saya merupakan peminat lagu-lagu nasyid. Diantara genre nasyid yang saya suka dengar ialah nasyid yang menusuk kalbu dan yang membangkitkan semangat. Kumpulan nasyid yang saya suka ialah The Zikr, Shoutul harokah, dan banyak lagi. Namun saya lebih suka lagu nasyid yang lama-lama. Sebabnya lagu nasyid lama-lama lebih telus dan ikhlas. Nasyidnya ada roh. (berbanding dgn nasyid skrg, yg hanya mahu memajukan industri)

Time saya kecil-kecil dulu saya selalu dengar nasyid dari kaset-kaset nasyid lama yang ayah saya. Namun ketika saya kecil saya tidak memahami nasyid tersebut. Setelah saya beberapa belas tahun kehadapan, suatu hari, satu lagu nasyid lama diputarkan dalam radio IKIM. Saya agak terkedu mendengarnya. Sungguh nostalgia dan sungguh shahdu. Tetapi saya hanya mendengar, tidak menyalin dan menghafal lagu itu.

Kemudian saya nekad untuk dengar radio IKIM tiap-tiap hari, supaya nanti kalau lagu itu diputarkan kembali, saya dapat menyalinnya. (ketika tu lepas SPM, duk rumah je). Dan tiba suatu hari saya dengar lagu itu diputarkan, lantas saya cepat-cepat salin. Namun malangnya, ada sebahagian liriknya saya tidak sempat menyalinnya. Saya cuba try cari kat internet, namun tak jumpa, sebab saya tak kenal penasyidnya dan tajuk nasyid itu. Kemudian saya nekad lagi utk dengar IKIM sampai jumpa. Tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagu tu. Jadi disini saya berharap sangat kepada mereka yang tahu lagu ini, bantulah saya mencari puzzle lirik lagu ini...
 

Nasyid: tak diketahui
Penasyid: juga tidak diketahui
 
Hulurkanlah salam simpati
Buat mereka yang masih mencari
Jauh dari redho Ilahi
semoga kan terbuka hati (chorus)

Tunjukanlah jalan Tuhanmu
Jelaskanlah yang dikaburi
Meskipun kita dipandang sepi
Hidayah ditangan Ilahi (chorus)

Sedarlah saudara...
Amanah Allah yang terpikul dibahu kita
Janganlah dibiar, mereka hilang 
tenggelam dalam kesesatan

apalah dirimu 
banding mereka 
hidup dalam dunia x2

Yakinlah saudara..
Bantuan Allah, 
tersemat dalam jihad kita,
******************
******************

Elokkan akhlakmu,
Ukhuwah itu, 
datanglah kawan yang membantu x2

Robohkanlah dinding pemisah,
segera eratkan hubungan 
Hamparkan contoh 
akhlak mulia

moga islam jadi pilihan x2

...end...

Jadi saya berharap sangat kalau ada sesiapa boleh mengisi ayat lirik lagu yang bertanda '********' tu. Kalau boleh saya nak ia dinyanyikan semula untuk meningkatkan semangat para dai'e. Jika boleh, sesiapa yang ada lagu tersebut, boleh la tolong emailkan kat saya lagu tu (iq89.kafah@gmail.com)... Saya berharap sangat. Sila panjangkan post ini kepada rakan-rakan anda yang suka dengar 'nasyid lama'. Semoga Allah redho dengan usaha kita.

.:: Berharap Sangat-Sangat::.

Saturday, January 22, 2011

Induction dan Aku?


18 Januari adalah hari yang bahagia buatku. Rasa seperti satu bebanan tercabut dari belakang badanku. Pada tarikh tersebut, induction ditangguhkan (mungkin dibatalkan) untuk seketika bagi membuat siasatan berkenaan induction. Pada malam tersebut sepatut kitorang perlu memakai pakaian bertemakan bogel (tanpa bogel), dan perlu membawa alat/barang yang bersifat keras, panjang dan besar. Bila ada pengumuman ia dibatalkan, hidupku terasa ringan sedikit. Dapat la buat Asignment saya yang tergendala.

Sekadar perkongsian

Sebelum ini telah berlalu beberapa induction. Daripada part 3 sehingga part 7. Part 8 tidak sempat lagi. Tujuan saya menulis ini hanyalah menyatakan kebenaran dan pendirian saya terhadap induction. Bukan caci maki, dan bukan kutuk mengutuk. Selaku seorang yang bergelar muslim dan yang mengucapkan kalimah 'lailahhaillah', saya menyatakan pandangan mengikut kefahaman saya terhadap agama yang saya anuti (jalan hidup islam). Seorang muslim akhlaknya bukanlah kutuk mengutuk dan caci maki. Itu hanyalah perangai orang musyrik dan orang kafir di zaman Jahilliyah. Jadi tidak perlulah senior, atau junior mengutuk saya. Tapi kutuklah diri sendiri yang suka mengutuk dan mencaci maki. (ayat keling huhuhu).
(panjangnye mukadimmah)





Induction menurut kamus oxford beerti pujukan, ransangan, dan dorongan. Dan induction menurut apa yang digambarkan kepada saya sebelum ini adalah, aktiviti suai kenal bersama senior. Program ini diberikan nama induction atas sebab maksud perkataan itu sendiri, iaitu untuk memberi dorongan dan rangsangan buat pelajar yang baru masuk. Dan tujuan yang saya difahamkan oleh senior, adalah untuk menghilangkan gap antara senior dan junior. Namun apa yang saya lihat, sasaran itu, hanya sedikit yang mengena tujuan. Terdapat kepincangan yang saya lihat dalam sesi induction tersebut.

1. Niat

Apa yang perlu kita jelaskan disini adalah niat. Niat adalah kunci untuk sesuatu perbuatan atau kerja itu berkesan dan dikira Allah. Mind setting nya perlu diperjelaskan terlebih dahulu.

Sabda Rasulullah saw,

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله, فهجرته إلى الله ورسوله . ومن كانت هجرته لدنيا يصيببها أو امرأة ينكحها , فهجرته إلى ما هجر إليه

Maksudnya : "Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia serta ingin memperolehinya, atau pun berhijrah kerana seorang perempuan yang ia ingin nikahinya maka hijrahnya itu adalah (mengikut) apa yang ia (niat) berhijrah kerananya". (HR Bukhari & Muslim)


Apa yang saya ingin saya fokuskan disini ialah ayat yang pertama dalam hadis tersebut. Setiap amalan bergantung kepada niatnya. Apa yang saya lihat dan perhati, kebanyakan senior (tidak semua), mengadakan inducsion dengan tujuan yang lain dari matlamatnya.

1. kerana dendam. Sebelum ini senior2 yang lepas pernah kena induction yang lebih teruk dari kami. Jadi untuk memuaskan hati mereka kembali, mereka buat pula kepada pelajar junior yang lain. Ia seperti kitaran badi dendam, yang mahu dipuaskan dengan cara membuat kepada junior yang baru. (diperingatkan lagi bahawa, tidak semua senior begitu)

2. kerana mahu menghiburkan hati senior2 itu sendiri. Sesi induction itu digunakan mereka untuk menghiburkan hati mereka dengan cara menyuruh junior membuat perkara yang pelik untuk agar senior terhibur. (walaupun alasannya untuk senang kenal) (diperingatkan lagi bahawa, tidak semua senior begitu)

3. Kerana mengikut tradisi. Tradisi yang diperturunkan kepada senior-senior lepas, wajib dilaksanakan, walaupun ada sebilangannya kecil tidak mahu membuatnya. (kalau x buat kang, kena band dari persatuan). (diperingatkan lagi bahawa, tidak semua senior begitu)

Namun hakikatnya saya tidak mengetahui isi hati para senior. Bak kata salah seorang senior, di lauh mahfuz sahaja akan diketahui. Saya bukanlah mau menghukum, cuma hanya mengikut pemerhatian saya, melalui perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh senior. (saya harus bersangka baik). Kesimpulannya, jika niat itu baik, maka amalan pun akan jadi baik. (belum dibincangkan lagi tentang caranya pulak). Jika niat pun sudah salah, amalannya akan jadi....?


Matlamat tidak menghalalkan cara.

Ada beberapa senior berhujah dengan saya, bahawa tindakan mereka adalah wajar untuk mengenali junior-junior. Atas dasar apakah ianya wajar? Atas dasar islam? Adakah cara islam, mahu mengenali sesorang dengan menyuruh mereka membuat sesuatu yang memalukan diri sendiri.Adakah cara islam dengan memberi nama gelaran-gelaran yang tidak baik? rujuk link ini (http://danialle.blogspot.com/2007/10/matlamat-tidak-menghalalkan-cara.html)

Kemudian ada pula senior wanita berhujah dengan saya. Dia menyamakan konsep sebat itu sama dengan konsep induction yang mereka canangkan. Sebat di khayalak ramai, adalah memalukan. Wow, saya pun terkejut apabila seorang muslimah berkata begitu. Meh sini saya terangkan,

“Hai orang2 yg beriman, jgnlah sekumpulan org lelaki merendahkan kumpulan yg lain, boleh jadi yg ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jgn pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yg direndahkan itu lebih baik. Dan jgnlah suka mencela dirimu sendiri dan jgn memanggil dgn gelaran yg mengandungi ejekan. Seburuk2 panggilan adalah (panggilan) yg buruk sesudah beriman dan barangsiapa yg tdk bertaubat, maka mereka itulah orang2 yg zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Maka sudah jelaskah anda tentang perkara yang memalukan ini? Sebat adalah disebabkan kesalahan pesalah itu sendiri. Kami? Bersalah? Layakkah diperlaku sebegitu? Memaksa orang melakukan sesuatu yang lawak, menyebabkan beberapa kawan saya, sanggup melakonkan watak pondan. Dalam hadits marfu’ riwayat Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu di sebutkan:

“Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki” (HR Al Bukhari Fathul Bari : 10/332).

Saya tahu bahawa senior-senior mempunyai niat yang baik untuk mengajar dan mengenali kami. Tapi caranya hendaklah tidak terjerumus dalam perkara-perkara yang diharamkan Allah. Al-ghayah la tubariru al-wasithah beerti matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah konsep islam. Tujuan murni abang-abang senior saya amat hargai, namun caranya mestilah betul.


Ada juga saya terdengar senior berkata, "Dengan benda jahat ni la, kitorang jadi bagus". Subhanallah, sebagai orang islam, perlukah kita berasa begitu bangga dengan dosa. Cuba lihat sahabat-sahabat Rasullulah terdahulu. Mereka adalah sebaik-baik ummah. Dalam surah ali Imran, Allah mengiktiraf ummah terdahulu,

110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Mereka menjadi ummah yag terbaik tanpa menggunakan ke'jahatan' pun, Allah mengiktiraf mereka. Jadi apa yang mengiktiraf anda dengan mengatakan cara jahat boleh jadi hebat? Yang akan memuliakan dan menhebatkan manusia hanyalah dengan islam. Fikir-fikirkan lah. (tidak tuju kepada sesiapa, cuma terkilan dengan ayat itu)

perbincangan selanjutnya mengenai ini sila rujuk (http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/329-sn131-adakah-matlamat-menghalalkan-cara)

Itu tidak termasuk lagi dengan keadaan suasana yang tidak syarak lagi. Namun saya tidak ingin memanjangkan kalam lagi. Mungkin cukup sekadar ini sahaja untuk kali ini. Ingin saya highlight kan, disini point saya,
1. Niat dan matlamat perlu dijelaskan mengikut cara islam.
2. Cara dan pelaksanaan itu perlu mengikut cara Islam.
Mesti korang boringkan, asyik cakap pasal islam je. Dah saya dan anda adalah orang islam kan? Dah saya dan anda ingin masuk syurgakan? So, perlukah saya terangkan mengapa perlu saya bercakap berkait dengan islam?

Kesimpulan

Apa yang saya inginkan bukanlah pembatalan terhadap sistem induction itu sendiri. Cuma bagi pendapat saya, ia perlu diperbaiki agar lebih tersusun mengikut kehendak Allah. Tradisi yang elok untuk diikut, ikutlah. Tradisi yang berlanggar dengan perintah Allah, kita buangkan. Saya tak nak lah karang semasa induction, tiba-tiba Allah turunkan bala kat dalam studio, baru kita nak insaf. Nak tunggu ada orang mati meninggal dunia baru nak insaf. Moga-moga penulisan saya tidak menyinggung sesiapa, samada junior atau senior, kerana tujuan penulisan ini bukan untuk menempelak, tapi untuk menyeru. Menyeru kepada Allah yang kita selalu lupa. Menyeru kepada Islam yang kita ambil hanya pada nama. Menyeru kearah kebaikan yang kita anggap remeh. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

.:: WaAllahua'lam ::.

Tuesday, January 18, 2011

Hukum Fotostat Buku Rujukan

Semasa keberadaan saya berada di UITM, ada sebeberapa classmate bertanya pada saya, bagaimanakah jika kita menfotostat buku rujukan untuk kegunaan kita? Saya terpinga-pinga. Dalam hati berkata "muka aku baikkah, sampai minta pandangan dari aku?". Saya bukan apa, cuma saya bukanlah pakar dalam bidang bagi hukum atau dalil. (hafal hadis pun satu dua je, huhu).

Sunday, January 16, 2011

Puisi: Pencuri


Buat mereka yang sentiasa ingin menjaga hatinya. Buat si pencuri, yang selalu menganggu hati dengan senyuman dan kelembutan suaranya. Terimalah..... Si Pencuri..

Pencuri

Si Pencuri,
Pencuri Hati,
Hatiku dicuri,
Hatiku mati,

Hai Si Pencuri Hati,
Tidakkah kau mengerti?,
Aku adalah lelaki,
bisa rebah tersungkur,
rela dilumur lumpur,
kerana pintu dosa mata,
turun ke titik hitam hati,

Hari ini aku bernafas,
dalam matinya hati,
tidak merasa lemas
dibawa hanyut perasaan,
sungai dosa-dosa nafsu,

Tidak!!
tidak aku tidak,
tidak kan ku biar,
situasi yang menggentar,
aku adalah manusia hamba,
bukan hamba manusia,
hidup tanpa keredhoan Nya,
kelak akan ke neraka,

bangkit aku bangkit,
dari mimpi dosa cinta,
cinta tak empunya,
berperang dengan nafsu,
iman yang hampir lesu,
tidak mampu kalah,

Ku mohon pada Mu ya Allah,
moga dikuatkan iman dihati,
memenangkan cinta agung suci,
hati yang telah dicuri,
hati yang perlu diisi,
hatiku untuk Mu Ilahi,

Puisi ini terhasil apabila saya berada dalam keadaan yang dilema. Semasa saya belajar dulu, ada la beberapa perempuan di tempat saya belajar, yang menganggu perhatian saya. Sebab kecantikan dan keayuaan nya (cewah). Ada orang kata itu perkara biasa, sebab memang akan jumpa perempuan tiap-tiap hari. Namun bagiku, ia bukanlah sesuatu yang patut dianggap biasa. Ini adalah natijah kerana tidak menjaga mata. Daripada mata turun ke hati. Walaupun tak couple atau sebagainya. Minda sentiasa melayan perasaan yang perasan. Bagi saya ia amat menganggu. Saya cuba untuk memadamkan perasaan yang tak patut pada hati, semoga hati saya diisi dengan cinta Allah dan Rasul, barulah cinta manusia. Maka terciptalah puisi yang pelik ini. (Minta maaflah sapa yang pernah bace dah huhuhu)

p/s: tak ada masa untuk reka puisi yang baru sebab terlalu sibuk dengan induction seni bina.

.::semoga bermanfaat::.

Monday, January 3, 2011

Doakan Saya

memulakan kembali langkah pertama

Assalamualaikum buat pembaca dan pelawat blog mr-IQ. Hari ini dalam sejarah telah masuk tahun baru mengikut kalender orang kafir. Jika masih belum terlewat, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru.  Moga azam tahun baru hijrah yang kita tekadkan haritu, masih istiqomah lagi kearah kebaikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...