Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Thursday, December 23, 2010

Dalil Ikhtilat dan Pengecualiannya

Haritu kita sudah membincangkan mengenai tip-tip untuk berurusan dengan kaum berlainan jenis bagi mengawal ikhtilat. Kini saya ingin jelaskan sedikit lagi mengenai ikhtilat. Saya ada ambil beberapa dalil bagi ikhtilat dari blog link ini http://thabatboyzs.multiply.com/journal/item/8. Moga dapat kita ambil sedikit pengajaran.

Monday, December 13, 2010

Fikrah: Ikhtilat Yang Diremehkan


Assalamualaikum buat pembaca dan pelawat blog ini. Semoga apa yang kita lakukan hari ini diberkati dan deredhoi Allah. Hari ini saya ingin membincangkan satu tajuk yang berbentuk fikrah, iaitu pemahaman kita. Ada sestengah orang (yang mengenali saya), selalu mengatakan saya ni telalu SYADID dan EXTRIMIS dalam bab Ikhtilat ini. Bagi saya, apa yang saya lakukan bukanlah mengikut kehendak saya. Apa yang saya lakukan, adalah berdasarkan apa yang saya fahami sendiri. Kita selalu mengatakan orang lain syadid dan warak (dan lebih teruk exterimis), namun pernahkah kita memahami kehendak Islam itu sendiri? Disini saya ingin mengajak kita semua memahami salah satu permasalahan dalam islam iaitu ikhtilat.

Tuesday, December 7, 2010

Puisi: Kata-kata tak Terkata...

Silent is not an option

Puisi ini dibuat bagi memberi semangat kepada diri sendiri,(sila baca Peraturan Membaca di sebelah kiri blog ini)...  Terimalah puisi ini...

KATA-KATA TAK TERKATA

Sungguh Aku tidak sempurna,
Hati kotor penuh dosa, 
Menulis kalam dengan Pena,

Nyaring-nyaring tin tidak berisi,
Tapi diam-diam ubi, jangan disangka mati,
Alasan sempurna tidak membawaku kemana,
Biarlah berubah, asalkan tidak lemah,

Katakanlah yang tak terkata,
Kebenaran perlu ditegakkan,
Kesilapan perlu diperbetulkan,
Biar ummah cemerlang gemilang,
Biar mungkar akbar tumpas tumbang,
Membina sebuah empayar keredhoan,

Katakanlah yang tak terkata,
Dakwah Rasul kepada Ummat,
Sampaikanlah walau secebis Ayat,
Lidah bisu, tangan menyeru,
buat lah apa yg kau mampu,
bakat terpendam diletupkan dakwah,
Semangat membara, biar terus berapi,

Apa lagi yg kau ragu,
Apa lagi yg kau tunggu,
Kau tahu apa mahumu,
Katakanlah yang tak terkata,
selagi nyawa dikandung badan,
sebelum tibanya Hari Perhitungan,
Kawan didunia bukan lagi kawan,
Kelak kawan akan menyalahkan Diam,
Diam-diam aku menyembunyikan kebenaran,

Katakanlah yg tak terkata,
Sungguh akhirat kelak kau akan terdiam,
Panca indera kulit tubuh akan bertanya,
Mana wasiat amalmu didunia?
Jawabku 'Ini' yang mampu kulaksana...

Katakanlah yg tak terkata!!!!

~rasa tak layak
7/12/2010
salam Maal Hijrah~

Terus terang saya katakan, saya ini tidak layak untuk menulis tentang Islam, Dakwah dan sebagainya. Saya selalu membuat dosa dan kesalahan tiap-tiap hari. Rasa lemah. Kadang-kadang hati rasa, kosong kesan dari dosa itu. Tapi sampai bila kita mahu berfikiran kolot sebegitu? Silent is not an Option. Kalau hanya diam sampai bila ummat nak maju. "Perbaiki Diri sambil Menyeru Org Lain" itulah yg selalu dikatakan kepada saya. Jadi apa yg saya tulis ini sebenarnya menegur saya sendiri. Mari sama2 kita menyuarakan kebenaran walaupun rasa diri x layak. Semoga apa yg kita buat itu kerana Allah dan Allah redho dgn kita.. waAllahua'lam..

.::Ambillah 0.01% tu, semoga bermanfaat::.

Saturday, December 4, 2010

Komik: Percuma?

Jom baca komik....
Percuma?
ini yg sudah diedit


kisah ini dipetik dari buku Haluan. Dikomikkan oleh Mr-IQ...
p/s: Lama dah buat ni... balloon dialog menggunakan teknik copy n paste (yg betul2 punya copy paste).  Time tu (lepas SPM) masih takde scanner dan x reti guna adope photoshop lg.. huhu.. Sebenarnya komik ni dibuat untu adik halaqah kat Taman Islami dulu... Tapi apa salahnya publish di blog.... (post ni juga akan dihantar ke slot Komik saya)
Kalau nak tengok komik yg asal (yg guna teknik copypaste tu), sila tekan READ MORE...

Wednesday, December 1, 2010

Salam Ta'aruf

Salam ta'aruf 
Selamat berkenalan

Minta maaf buat pelawat2 (pelawat x semestinya pembaca, pembaca adalah pelawat) blog mr IQ yg boring ni. Sebab saya x pernah memperkenalkan diri saya (tiru cara broHamzah, huhu). Terutama sekali buat saudara MQ. Baiklah kali ni kita berkenalan dgn mr IQ (tapi nama tetap dirahsiakan, tapi antum boleh la teka).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...